FAQ

Soalan-soalan yang kerap ditanya

Bagaimana cara terbaik untuk saya mengamalkan Redianze ?
Disarankan agar diambil sejam sebelum atau selepas makan untuk membantu penyerapan maksima. Campurkan isi kandungan peket ke dalam 200mL air sejuk (atau pada suhu bilik) untuk menikmati minuman yang lazat. Untuk mendapat hasil yang lebih baik, pastikan pengambilan air minuman sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

Bila saya akan melihat kesannya?
Sekiranya anda mengamalkan secara berterusan, anda akan merasai perubahan berlaku secara dalaman dan luaran dalam masa 6 hari. Setelah sebulan, kesannya lebih menyerlah. Menjelang 3 bulan, anda akan kelihatan berbeza, lebih muda remaja, lebih bertenaga dan lebih mengagumkan.

Apakah perlu untuk mengambil lebih dari satu paket sehari?
Satu paket sudah mencukupi. Setiap paket mengandungi sukatan yang mencukupi untuk menyerlahkan kesan awet muda.

Siapakah yang disarankan mengambil Redianze?
Redianze sesuai diambil oleh kaum lelaki dan wanita yang berhasrat untuk memperolehi ‘kesempurnaan dari dalaman’ agar dapat mengekalkan keremajaan dari sudut kesihatan dan kecantikan.

Adakah Redianze disarankan kepada wanita hamil dan yang menyusukan bayi?
Walaupun Redianze mengandungi bahan semulajadi, namun adalah disarankan agar pengguna mendapatkan khimat nasihat dari pakar sebelum pengambilan.

Adakah lelaki sesuai untuk mengamalkan Redianze?
Sudah tentu. Kami yakin kaum lelaki tidak ingin ketinggalan dari menikmati kesan kesihatan dan awet muda yang begitu mudah dengan Redianze Perlu dijelaskan di sini bahawa Redianze tidak mengadungi sebarang hormon wanita yang boleh menjejaskan  sifat kelakian mereka.

Berapakah umur yang sesuai untuk memulakan amalan Redianze?
Kami mencadangkan ia diambil seawal 20an untuk mengekalkan kesihatan dan kecantikan anda.

Adakah terdapat sebarang kesan sampingan?
Tiada sebarang kesan sampingan. Bahan yang digunakandi dalam Redianze adalah bebas dari alahan, kekotoran dan pencemaran. Ia selamat untuk diamalkan.

Bolehkah Redianze diamalkan dengan selamat pada jangkamasa panjang?
Ya. Semua bahan yang digunakan adalah semulajadi dan selamat digunakan dalam tempoh yang panjang.

Adakah berat badan akan bertambah selepas pengambilan Redianze?
Tidak, malah mungkin sebaliknya. Kandungan Redianze adalah rendah kalori dan ia membantu dalam pembakaran lemak ketika bersenam. Redianze juga membina semula jisim otot. Lebih banyak otot akan membantu meningkatkan kadar metabolisma di mana ini akan meningkatkan kadar pembakaran lemak dan seterusnya memudahkan kawalan berat badan.

Sekiranya saya berhenti mengambil Redianze, apakah yang bakal berlaku?
Redianze tidak menyebabkan ketagihan. Namun, proses penuaan dan perubahan degeneratif adalah berterusan. Sekiranya redianze tidak diambil, komponen anti-degeneratif dan blok jaringan akan semakin mengurang. Ini akan menyebabkan keremajaan dan kesihatan anda semakin mengurang seiring dengan masa.

Adakah Redianze Halal ?
Redianze telah memperolehi sijil Halal dari JAKIM dan sesuai diambil oleh semua individu.